Sejarah penubuhan Ikatan Demokratik Malaysia

Pada 24 Ogos 2020, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah mengumumkan bahawa beliau berniat untuk menubuh satu parti politik baharu untuk golongan belia.[1]

Pada 17 September 2020, beliau telah ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) untuk mendaftar sebuah parti politik di bawah nama Ikatan Demokratik Malaysia.[2] Menurutnya, parti tersebut kini diterajui 13 orang penaja, dan akan menerima keahlian semua belia tidak kira kaum dan agama.[3]